Template information

Random post

How I Met Your Dad (this entry is for my future kids who don't exist yet)

Assalamualaikum semua dan selamat tengahari. Mintak maaf pada pembaca pembaca antarabangsa yang mungkin tidak faham dengan tulisan saya pada entry kali ini. Tu la, sape suruh tak pandai BM. hehe. Entah kenapa hari jumaat yang mulia ni membuat saya terinspirasi untuk menulis dalam bahasa ibunda yang tercinta. Sebenarnye hari ini saya cube untuk berkongsi satu pengalaman bagaimanan nak mengorat awek. Teknik ini bukanlah daripada hasil kajian saintis yang terbukti mujarabnya tetapi sekadar dari pengalaman hidup yang dirasakan cukup berguna. Omputeh kata, this is based on a true story. Jadi kalau anda nak mencube teknik mengorat ini lepas tu tak jadi, janganlah salahkan saya, salahkan diri sendiri yang tak pandai mengorat. hehew.

Begini ya, sewaktu saya baru masuk matric uia pj dulu, saya baru di-dumpkan dan di-friend-zone-kan oleh ex-boypren yang agak sengal lalu saya pun patah hati waktu itu. Sebab tu lah saya tak galakkan adik-adik bercinta waktu sekolah, membazir masa saja murid murid. Lebih afdhol tumpu pada pelajaran je! Anyways, berbalik pada waktu saya di matric. Saya menjadi keras hati waktu itu dan agak membenci lelaki. Bile ade lelaki yang datang nak mengurat, saya permainkan saja kerana perasaan nak membalas dendam terhadap lelaki tu agak membuak-buak. Saya jadi seperti seorang player kejap. Kejap je la tapi. Sebab saya ni tak pandai sangat nak jadi kejam. Dan saya tidaklah sampai mematahkan hati sesiapa kerana lelaki-lelaki yang megurat saya tu pun sumenye bukan serius. Mereka ni spesies yang mengurat sekadar untuk nak ade awek, bukan nak dibuat isteri. Jadi saya terus berkeras hati dan menepis segala ayat-ayat manis(manis keww?) dari sang lelaki.

Tiba pada suatu hari, saya dapat satu sms daripada seorang jejaka..pada mulenye saya tidak tahu siapakah gerangan mamat yg meng-sms saya ni sehingga die memberitahu saya namanye. Shafiq atau nama panggilannye Fiq, merupakan studiomate saya waktu matric dulu tapi die senior saya setahun jagung. Kami tak pernah bertegur pun dalam studio kerana kami memang pemalu begitu. hehew. Lalu kami pun mule bersms dan saya dapat merasakan die ikhlas mahu berkawan dengan saya. Die seorang lelaki yang agak reserved(bukan maksudnye ditempah ye, tapi maksudnye disini ialah die nampak serius, kurang bersosial dan dalam dunianya sendiri) Tak seperti lelaki lain yang kepoh dan seperti mintak pelempang. Jadi saya pun layankan sms-nya. Selepas beberape minggu mengenali satu sama lain dengan lebih dekat melalui sms, saya mula rase selesa dengan karakternye dan percaya die boleh menjadi kawan yang baik. Kami tak banyak persamaan dan itu yang membuatkan saya tertarik. Walau kami mempunyai terlalu banyak perbezaan, namun terdapat satu titik keserasian yang kami cari. Kalau nak diumpamakan kami ni bangunan, die ni ibarat bangunan Istana Kenangan, saya ni pula ibarat bangunan Muzium Gugenheim.

Ok sambung balik cerita tadi, sedang seronok berkawan dan bersms, pada satu mase ni die tidak meng-sms saya lagi atau membalas sms saya. Keadaan ini membuatkan saya hairan, adakah die sudah tidak sudi berkawan dengan saya? Saya begitu tertanya2..adakah die sakit? atau barangkali die busy, saya pun terus menunggu..2 minggu berlalu, kemudian die meng-sms saya kembali..terubat rindu dihati walaupun saya hanye status berkawan dengan die pada waktu itu. Tapi saya mula sedar.. kalau betul die hanya kawan pada saya, saya tidak mungkin akan rase perasaan yang saya rase pada waktu itu. nampak sangat kantoi.

Lepas dah bertahun kenal baru die bagitau saya pasal teknik 2 minggu tu. hampeh betol. Mana belajar ntah die ni. Namun peristiwa ini sentiasa dijadikan bahan gurau senda yang sangat evergreen.

5 tahun berlalu..tak sangka mamat yang gune teknik 2 minggu nak mengurat saya tu akhirnya dah nak jadi suami saya tak lame lagi. Sebenarnye, bukan teknik 2 minggu tu yang buat saya jatuh hati padanya, tapi mmg telah tertulis oleh Allah s.w.t bahawa dialah jodoh yang saya cari selama ni.

:)

0 Response to "How I Met Your Dad (this entry is for my future kids who don't exist yet)"

Post a Comment

wdcfawqafwef